ERA PEMERINTAHAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1957-1970)
v Dasar
Pro-Barat dan Antikomunis
Ø Menjalinkan
hubungan baik dengan Negara-negara Komanwel.
v Kerjasama
Serantau
Ø Berbaik-baik
dengan Negara jiran ekoran terdapat beberapa krisis yang berlaku iaitu :
· Konfrontasi
dengan Indonesia
· Terputusnya
hubungan dengan Filipina
· Keluarnya
Singapura daripada Malaysia
Ø Usaha untuk
berbaik-baik semula dapat dilihat melalui beberapa perjanjian yang
ditandatangani :
· Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
– Thailand & Filipina
· MAPHILINDO
(1961) – Filipina & Indonesia
· Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) – 8 Ogos 1967
– Thailand, Indonesia, Filipina & Singapura
TUN
ABDUL RAZAK (1972-1976)
v Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Ø ASEAN,
kuasa-kuasa besar mengiktiraf Kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan / zon yang
aman, bebas dan berkecuali.
v Hubungan
diplomatik dengan China
Ø Menjalinkan
hubungan dengan China untuk mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan
menghentikan sokongannya terhadap Parti Komunis Malaya (PKM).
v Prinsip
berkecuali dan Internasionalisme.
v Malaysia
menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM).
TUN HUSSEIN ONN
(1976-1981)
v Hanya
meneruskan dasar berkecuali dalam hal ehwal politik Negara luar.
Ø Masih lagi
bersikap pro Barat
v Permulaan
keamanan bagi Negara-negara Asia Tenggara yang lain :
Ø Hubungan
Negara-negara ASEAN selepas kejatuhan Saigon
(sekarang Ho Chi Minh City) –
1975.
Ø Pengunduran
pengkalan-pengkalan tentera AS di Asia Tenggara.
Ø Serangan
Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Combodia).
v Membuka
peluang kepada Malaysia untuk mempereratkan hubungan baik dengan Negara-negara
serantau.
TUN
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981-2003)
v Lebih
berorientasikan kepada pelbagai aspek seperti kedamaian dan keharmonian Negara,
aspek-aspek ekonomi dan aspirasi Negara-negara membangun.
v Keutamaan
Dasar Luar :
Ø Penekanan
interaksi yang lebih rapat dengan unit-unit politik antarabangsa yang lain
seperti ASEAN, Negara-negara Islam, Negara-negara Komanwel, Negara-negara
Berkecuali dan Negara-negara yang tidak termasuk dalam mana-mana pertubuhan
itu.
v Isu-isu
Negara Dunia Ketiga :
Ø Penindasan
terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan.
Ø Penderitaan
penduduk Palestin.
Ø Dasar
perdagangan yang memihak kepada Negara maju.
Ø Reformasi
sistem pentadbiran PBB di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia.
Ø Isu
penyalahgunaan dadah.
Ø Isu kawalan
ke atas perdagangan mata wang.
v Isu
Antartika
Ø Malaysia
menawarkan diri memberikan kerjasama teknikal kepada Negara-negara sedang
membangun.
Ø Mengetengahkan
isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat.
· Keghairahan
sesetengah Negara mengeksploitasi benua berais di Kutub Selatan untuk
kepentingan ekonomi dan politik Negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan
jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia.
Ø Mendesak
agar Benua Antartika diwarisi oleh semua umat manusia berasaskan prinsip milik
bersama.
v Mengambil
orientasi ekonomi yang jauh lebih ketara dalam hubungan luar Negara sambil
memperjuangkan hak, kepentingan serta aspirasi Negara membangun.
v Sokongan
kuat terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, G-77, G-15, Dasar Pandang ke Timur.
Ø Menjadi
terkenal kerana mengambil pendirian aktif di PBB dan persidangan antarabangsa
yang lain.
v Menghantar
anggota tentera ke Republik Congo, Somalia, Timor Leste, Iraq, dll.
DATUK
SERI TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (2003-2009)
v Meneruskan
kesinambungan dasar luar Malaysia di samping memperhalus dan mengukuhkan dasar
luar sedia ada.
v Memastikan
Malaysia aktif di arena antarabangsa.
v Malaysia
memainkan peranan utama dalam perumusan dan penerimaan Piagam ASEAN yang telah
diratifikasi oleh semua Negara anggota ASEAN yang berkuatkuasa pada 15 Disember
2008.
v Aktif
meluaskan fokus OIC daripada menjadi sebuah organisasi yang tertumpu
semata-mata kepada isu politik.
v Konsep
Islam Hadhari : mengalakkan pendekatan pembangunan berdasarkan perspektif
tamadun Islam dan diterima serta diiktiraf oleh Negara anggota OIC.
DATO’
SERI NAJIB TUN RAZAK (2009-KINI)
v Berusaha
untuk memudahkan kegiatan perdagangan , menarik pelaburan asing di samping memaparkan
Malaysia sebagai sebuah Negara yang stabil dan aman.
v Semasa
mengambil alih teraju kerajaan pada April 2009, dasar luar Malaysia di bawah
pentadbirannya akan banyak dicorakkan oleh konsep 1Malaysia
: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ø Wawasan utama
Dasar Luar Malaysia – untuk melindungi dan memajukan kepentingan Negara di luar
Negara serta menyumbang secara bertanggungjawab dan berkesan ke arah membina
sebuah dunia yang adil dan saksama.
Ø Terus menjalinkan
hubungan erat dengan semua Negara dunia & bekerjasama dengan Negara yang
sehaluan dalam memajukan kepentingan Negara.
v Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk dasar luar :
· Melindungi dan
memajukan kepentingan Malaysia di peringkat bilateral, serantau dan antarabangsa
menerusi diplomasi proaktif;
· Merealisasikan
Komuniti ASEAN menjelang 2015 menerusi Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan
Politik ASEAN, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Rangka Tindakan
Kebudayaan Sosial ASEAN;
· Meningkatkan
kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kerangka
1Malaysia dalam senario geopolitik yang sentiasa berubah;
· Menyediakan perkhidmatan
yang cekap dan berkesan di dalam dan luar Negara.
v Juga
menjalinkan hubungan sangat baik dengan Negara lain di peringkat bilateral dan
multilateral, melalui mekanisme serantau dan antarabangsa yang sedia ada dalam
ASEAN, PBB dan pertubuhan lain yang Malaysia menjadi anggota.
Sumber : Local Publications (LP) Pengajian Am STPM
Penggal 3