JELAJAH JOHOR FASA IV (JJ6)
“MEMBERI SERIBU PENGERTIAN,
MEMBAWA PELBAGAI PENGISIAN”
Assalamualaikum dan Salam
Muafakat Johor…
Buat pertama kalinya, saya sertai
program JJ6 ni, maka saya tampilkan entry yang istimewa dan cukup menarik untuk
saya kongsi bersama. Walaupun dah lama menjelajah tapi cukup bermakna untuk
saya coretkan sedikit perkongsian ini.
Jelajah Johor merupakan program anak angkat
yang melibatkan warga Johor di daerah tertentu serta aktiviti tahunan yang
menjadi suatu kemestian bagi Sekretariat Anak Johor (SOHOR) Universiti Malaysia
Terengganu (UMT). Hal ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli
kelab dan turut disertai oleh pelajar yang berlainan negeri seperti Terengganu,
Kelantan dan sebagainya bagi merasai suasana aktiviti dijalankan di negeri
Johor ini.
Istimewa
kali ini, Jelajah Johor Fasa IV berlangsung selama 4 hari dalam bulan Ramadan
di 2 buah daerah iaitu Batu Pahat dan Kulai, Johor Bertemakan, “Seindah
Ramadan: Memberi Seribu Pengertian, Membawa Pelbagai Pengisian”.
Banyak
aktiviti yang dijalankan, antaranya adalah aktiviti khidmat masyarakat (WE CARE
WE LOVE: Ziarah Warga Emas, Gotong-Royong), bakti siswa (Slot LDK bersama
pelajar sekolah), pendidikan (Lawatan ke IKS) serta kerohanian bersama
masyarakat setempat (Berbuka puasa, Sahur, Solat fardu, Tarawih berjemaah).
Sampai
sahaja destinasi yang dituju, program pastinya bermula dengan majlis perasmian
& penyerahan anak angkat. Aktiviti2 diteruskan seperti saya katakan tadi dan berakhir dengan majlis penutupan di setiap daerah.
JJ6
kali ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada kalangan pelajar UMT malah
media cetak dari pelbagai surat khabar turut menyiarkan program JJ6 SOHOR UMT ini.
25-27 JUN 2016 : KG. PARIT TENGAH, BATU PAHAT
27-29 JUN 2016 : KG. MURNI JAYA, LAYANG-LAYANG, KULAI
Aktiviti2 yang menarik dalam program JJ6 ini telah menarik perhatian media cetak melalui surat khabar;
Akhir kata, maafkan saya jika saya tak
sempurna. Ceh, hahahaha :’)
Mostly, first time, blogging suatu yg
‘santai’ ni walaupun tampak ‘professional’ sangat ayat2 ‘cinta’ saya tapi saya
cuba untuk kongsi cerita dan pengalaman yang indah ini bersama. So, apa2pn
Selamat Membaca, Semoga hati2 awak yg ‘kempunan’ nak join JJ nii, harap terbuka
hati utk join program SOHOR yg seterusnya dan pastinya lebih ‘urmpphh’. In Shaa
Allah…Huhuhu~
Kerana apa? Kerana Cemburunya anda pada
Johor hanyalah suatu yang sia-sia. Tidak untuk mendabik dada, tapi kerana
ceritera cinta Johor suatu yang menggamit jiwa. Cehhh! Hahahaha. Oky2, sampai
di sini shja..Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua ;)