FAKTOR-FAKTOR
YANG MENYUMBANG KEPADA BERLAKUNYA
PERANG DINGIN
PERANG DINGIN
Perang
Dingin dapat diistilahkan sebagai konflik antara blok kapitalis yang diterajui
oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Soviet Union sejak
berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1945. Istilah ini dipopularkan oleh seorang
kolumnis dari Amerika Syarikat iaitu Walter Lippmann dan digunakan secara
meluas pada tahun 1947 apabila Doktrin Truman dilancarkan. Oleh itu, terdapat
beberapa faktor yang menyumbang kepada tercetusnya Perang Dingin.
Antara
faktor tersebut ialah tiada kesepakatan dalam rundingan. Pemimpin Big Three
Kuasa Berikat telah mengadakan satu pertemuan di Tehran, Iran pada tahun 1943
bagi membincangkan masa depan politik Eropah kerana Jerman semakin menghampiri
kekalahan. Namun, dalam persidangan tersebut, Amerika Syarikat tidak memberi
sebarang persetujuan tentang kawasan yang dimiliki (konsesi) oleh Rusia di
Eropah Tengah. Selain itu, Rusia yang diwakili oleh Joseph Stalin berharap agar
Amerika Syarikat dan Britain membuka second front melalui Perancis. Hal ini
adalah untuk memudahkan Rusia menyerang Jerman dan sebagai ganjaran, Rusia
berjanji akan membantu Amerika Syarikat dan Britain untuk menewaskan Jepun.
Pertemuan
kedua diadakan pada Februari 1945 di Yalta, Rusia. Joseph Stalin merasa bimbang
akan ancaman Jerman dan mahu Negara-negara Eropah Timur berada di bawah
pengaruh Rusia serta sebagai pelindung kepada Rusia. Namun, Presiden Amerika
Syarikat, Franklin D.Roosevelt gagal menjelaskan dasar Amerika Syarikat
terhadap Eropah Timur. Keadaan tersebut mengakibatkan Jospeh Stalin menganggap
pihak Barat bersedia menerima pengaruh Rusia di Poland sekiranya Rusia berundur
dari Eropah Barat. Selain itu, persidangan terakhir di Potsdam, Berlin pada 17
Julai hingga 2 Ogos 1945 juga tidak berjaya seperti yang diharapkan oleh Joseph
Stalin disebabkan oleh isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.
Faktor
kedua ialah perbezaan ideologi antara blok Barat dengan blok komunis. Dari segi
politik, blok Barat mengamalkan sistem demokrasi dan sistem pelbagai parti.
Kerajaan yang memerintah adalah hasil undian rakyat menerusi pilihan raya umum.
Manakala blok komunis pula menganjurkan sistem pemerintahan secara diktator dan
hanya parti komunis sahaja diiktiraf.
Dari
segi ekonomi, blok Barat mengamalkan sistem kapitalisme dengan prinsip pasaran
bebas. Pemerintah mempunyai peranan yang terbatas dalam persaingan
ekonomi dan ini menguntungkan pelabur-pelabur yang bermodal besar serta Berjaya
meningkatkan persaingan dalam kalangan pengusaha sehingga ekonomi Negara turut
meningkat. Blok komunis pula mengawal perdagangan bebas dan pemerintahnya
memainkan peranan besar. Hal ini menyebabkan perkembangan ekonominya perlahan
kerana tiada persaingan. Dari sudut social pula, blok Barat member sepenuhnya
kebebasan kepada individu seperti kebebasan memilih kerajaan, kebebasan
bersuara, hak asasi dan sebagainya. Berlainan pula dengan blok komunis,
rakyatnya mempunyai kebebasan yang terhad.
Faktor
ketiga ialah kemelesetan ekonomi disebabkan pembiayaan Perang Dunia Kedua. Dalm
Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat tidak menjadi medan peperangan dan hal ini
menyelamatkan Negara tersebut daripada kemusnahan prasarana. Disebabkan hal ini
juga, Presiden Harry S. Truman membuat pengisytiharan bahawa Amerika Syarikat
akan menolong setiap bangsa yang merdeka bagi berdepan dengan komunis. Justeru,
Rancangan Marshall (Marshall Plan) diperkenalkan pada tahun 1948 bertujuan
untuk membangunkan ekonomi Eropah Barat di samping memerangi pengaruh komunis.
Melalui rancangan tersebut, ekonomi Perancis, Jerman Barat, Itali, Belanda,
Britain dan lain-lain berjaya dipulihkan. Namun, Rusia menolak bantuan Amerika
Syarikat kerana berpendapat bahawa rancangan ini merupakan helah Amerika
Syarikat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara lain.
Faktor
terakhir ialah kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman. Kebimbangan ini
berasaskan sejarah hubungan yang tegang antara Rusia dengan Jerman terutamanya
apabila Adolf Hitler melancarkan Operasi Barbarossa. Peristiwa tersebut
merupakan salah satu usaha Jerman untuk menakluk Rusia dan pada masa itu, Rusia
menghadapi serangan Jerman bersendirian tanpa mendapat sebarang bantuan dari
Negara lain. Antara tindakan Adolf Hitler ialah mengarahkan 79 pasukan
tenteranya menyerang Rusia di sempadan sepanjang 2000 batu. Operasi ini berlaku
selama 900 hari dan dalam tempoh itu, 600 000 bom digugurkan oleh tentera udara
Jerman. Jerman memilih Rusia bagi mendapatkan tanah yang subur dan luas dan
Hitler juga berpendapat bahawa orang Rusia dan daerah lain yang bukan Aryan
patut ditakluki dan dijadikan hamba kepada bangsa Jerman.
Kesimpulannya,
kedua-dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union merupakn
pihak penting dalam Perang Dingin. Kedua-duanya akan menggunakan apa sahaja
cara untuk memperjuangkan kepentingan masing-masing termasuklah pengintipan,
kegiatan subversive dan berperang secara tidak langsung melalui sekutu mereka.
Merekalah sebenarnya yang telah mencorakkan hubungan antarabangsa dalam tempoh
Perang Dingin ini.