KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGANKU…
Assalamualaikum
pembuka kata
Sebagai pengenalan
tirai cerita
Selamat membaca
kepada semua
Gelagat 5 SC buat
semua orang sentiasa berbicara.
Hujung penjuru di
blok F kelas kami
Penghuninya kacak dan
anggun sekali
Selalu bising tak
pernah sunyi
Hinggakan kelas
seangkatan kami iri hati.
Tirai dibuka gamat
sekali
Encik Sharfuddin guru
kelas kami
Mengajar subjek Fizik
setiap hari
Berpindah ke Perak
buat kami rindu di sini.
Ho Koon Nai ketua
kelas kami
Kalau marah bak
halilintar memecah bumi
Dibantu oleh Huda
penolong kelas kami
Orangnya comel sukar
untuk dibandingi.
Kutip duit kerja si
Ceti
Soh Kai Deng empunya
diri
Minta duit tak kira
hari
Sorry, kami tak ada
‘money’.
Mai dan Syeera atlet
olahraga
Aktif sekali dalam
acara balapan
Walaupun penat tetap
berusaha
Demi Topaz dapatkan
kejayaan.
Orangnya bijak
bestari sukar ditandingi
Lim Shing Shik nama
diberi
Sheng Kai pula nampak
pendiam sekali
Sebenarnya fokus pada
SPM tahun ini.
Hero Hindustan duduk
seorang diri
Danne Pillay tampil
‘macho’dan gaya tersendiri
Hidup selamba yang
diamalkan sejak azali lagi
Itulah Boon How
pengerusi pancaragam sekolah ini.
Duduk di belakang bak
hujung dunia
Sharifah tuan empunya
nama
Farahain pula
‘member’ sebelahnya
Merupakan ahli pencak
silat sekolah Paduka.
Menyakat orang no.1
di Malaysia
Dayah nama diberi
orang tuanya
Sukan memanah amat
sebati di dalam jiwa
Itulah Liyana dan tak
lupa juga ketua kelas kita.
Ketawa sakan bak
gempa bumi melanda
Sape tak kenal Faiqah
lah orangnya
Minat KPOP tak ingat
dunia
Itulah perangai
Syafikah nampaknya.
Ee May dan Mei Chen
sentiasa berdua
Berdamping bersama
Zin Rou dan Chwee Teng
Mereka merupakan
sahabat sehati sejiwa
Tak lupa juga kepada
Fui Yee dan Wei Siang.
Diam-diam ubi berisi
Yew Boon dan Kevin
sahabat sehidup semati
Pandai melukis dan
memekak setiap hari
Itulah ‘pekerjaan’
hariannya kini.
Tubuhnya kurus bak
penyapu lidi
Xing Fu pengerusi
Pusat Sumber Sekolah ini
Lain pula ‘atuk’(Juin
Siang) dan Jia Sheng kali ini
‘Ulat buku’ tak kira
tempat di sana sini.
Perwatakannya
‘sporting’ entah kenapa?
Nita dan Meera
sentiasa berdua
Di kelas tampak fokus
sahaja
Dalam diam ada
‘agenda’ tersendiri rupa-rupanya.
Air yang dicincang
tak putus-putus
Sentiasa berkepit
setiap masa
Orangnya ialah Julia
dan Fatin Hennis
Moga persahabatan
mereka kekal abadi selamanya.
Kai Ling,Jing Liang
dan Jia Ning bertiga sahaja
Buat sesuatu perkara
ikut citarasanya sentiasa
Lupa pula Jie
Ying,Cathrine dan Yee Fen
Mereka juga tak
kurang hebatnya.
Peserta tersingkir
ustazah pilihan ada di sini
Aten ialah tuan
empunya diri
Farrezatul pula
berubah sikap tahun ini
Ponteng sakan entah
mana pergi.
Inilah saya penutup
cerita
Mengatur strategi
mengenakan semua
Orangnya kecil dan
betah berbicara
Yang selalu lafazkan
ikrar Rukunegara.
Selesai sudah
ceritaku ini
Harap anda terhibur
kini
Kepada semua ahli
kelas 5 SC tahun ini
Janganlah kamu
berkecil hati
Sebab akan datang
mungkin tak berjumpa lagi
Anggaplah sebagai
memori indah di kala sepi.
NUKILAN,
Rasyidatul Najwa Rosman...
wlupn nukilan ni dh setahun lps dan 'tidak
berjaya' masuk ke dlm sebuah mjlh sklh atas sbb tertentu yg tak dpt nkdielakkan..namun,,
nukilan ini sntiasa buat diriku disirami rasa rindu terutamanya shbt2ku yg kini
sdg berjuang di medan perang...i hope u alls can do that for your future...miss
u alls :')
No comments:
Post a Comment