Konsep bersyukur yang digariskan dalam Islam
mencukupi segala aspek iaitu apa yang dimiliki dan bagaimana menghadapi dalam
kehidupan. Oleh itu, terdapat beberapa ciri penting bersyukur dalam setiap diri
Muslim, antaranya seperti :
· Menerima dengan rela apa yang ada.
· Memohon kepada Allah tambahan rezeki dan disertai dengan usaha dan ikhtibar.
· Menerima dengan sabar segala ketentuan Allah.
· Bertawakal kepada Allah.
· Tidak tertarik oleh tipu daya duniawi.

Para
ulama menganjurkan agar bersyukur ini harus diamalkan dengan memenuhi beberapa
aspek penting, antaranya :
· Benar-benar yakin akan kekuasaan dan pertolongan Allah yang mengatasi segala kuasa yang dapat memenuhi keperluan manusia.
· Sabar menerima ketentuan Allah jika hidup tidak mewah seperti orang lain.
· Bersyukur apabila memperoleh nikmat pemberian Allah.
· Berusaha dan berikhtibar untuk mencari kurniaan Allah dengan kemampuan yang ada untuk mencapai keperluan.

Fadilat
Bersyukur Atas Nikmat
· Tergolong antara orang yang berjaya dan cukup rezekinya.
· Menerbitkan kesanggupan untuk mencari rezeki yang halal dengan kemampuan yang ada tanpa sebarang keraguan.
· Mendidik manusia untuk bersyukur atas segala nikmat Allah dan menggunakan nikmat tersebut sesuai dengan syarak.
· Menghilangkan rasa tamak dan haloba pada diri manusia dalam mencari dan memiliki harta serta pemberian Allah.
· Menerbitkan sifat tawakal kepada Allah dalam setiap usaha dan tindakan untuk mencapai keredaan Allah.

(Sumber :
Majalah Gen-Q isu 13)
No comments:
Post a Comment