MAKKAH ARAB SAUDI
Sejarah : Tempat kelahiran Nabi Muhammad dan juga tempat Baginda menerima
wahyu daripada Allah.
Keistimewaan
: Kota paling suci bagi umat Islam.
Mesti
Ziarah : Di sini terletaknya Masjidil Haram yang
didalamnya terdapat Kaabah, kiblat umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang
1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada pasti akan menghadap kiblat
di Kota Makkah untuk bersolat. Ia juga tempat perhimpunan tahunan umat Islam
bagi menunaikan Haji pada bulan Zulhijah.
Sejarah : Masjid pertama umat Islam terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
Madinah, bumi paling dikasihi Allah kerana ia lokasi penghijrahan Nabi.
Keistimewaan
: Kota suci kedua bagi umat Islam.
Mesti
Ziarah : Masjid al-Nabawi yang di dalamnya
terdapat makam Nabi Muhammad. Juga terdapat perkuburan Baqi’, makam keluarga
dan para sahabat Nabi. Lokasi rakaman peristiwa penting sejarah Islam,
antaranya Perang Badar dan Perang Uhud.
Sejarah : Kiblat pertama pada zaman Nabi Muhammad sebelum ditukar kepada Kaabah di Masjidil Haram.
Keistimewaan : Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia.
Mesti Ziarah : Masjidil Aqsa sebenarnya berkubahhijau kehitaman bukannya berkubah keemasan seperti yang selalu ditayangkan. Kubah emas itu ialah ‘Dome of Rock’ (Qubbat al-Sakhrah) yang di dalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.
ISTANBUL TURKI
Nama Lama
: Constantinople.
Sejarah : Kota ini berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh dengan 70
kapal laut melalui daratan sejauh tiga batu dengan hanya satu malam. Kekallah
bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, keilmuan dan keagungan Islam
berkurun lamanya.
Lokasi
Pelancongan : Masjid Biru, Istana Topkapi, Pamukkale
(Cotton Castle), Muzium Hagia Sophia (kini menjadi sebuah masjid), Library of
Celsus.
ANDALUSIA SEPANYOL
Sejarah : Pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke 8. Bandar-bandar
seperti Cordova dan Granada berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman
itu. Asalnya, wilayah ini dihuni oleh bangsa kafir. Kemudian panglima Bani
Umayyah, Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusayr menentang pemerintahan zalim
bangsa Visigoth ini dan menggelar wilayah tersebut sebagai Tanah Vandal
(Vandalusia atau Andalusia).
Lokasi
Pelancongan : Istana al-Hambra, Selat Gibraltar,
Pergunungan Sierra Nevada, Masjid Cordoba, Ronda (White City).
PETRA JORDAN
Keistimewaan
: Salah satu Tujuh Keajaiban Baru Dunia.
Tapak kota lama ini tidak diketahui sehingga pada tahun 1812, seorang
penjelajah Switzerland, Johann Ludwig Burckhardt menjumpainya.
Keunikan : Ukiran dan pahatan pada batuan cadas berwarna merah jambu dengan
ketinggian mencapai 40 meter. Hasil ukiran Kaum Nabataean yang mahir dalam seni
bina dan mengukir.
KAHERAH MESIR
Sejarah : Kota Nabi Musa. Kota kebudayaan, agama dan pusat ilmuwan sedunia.
Lokasi
Pelancongan : Piramid, Sakkara, Memphis, Citadel
(rumah pemerintah Mesir berusia 700 tahun), Gereja Gantung dan Sinagog Ben Ezra
(Kuil Yahudi).
Pusat
Ilmuwan : Universiti al-Azhar.
DAMSYIK SYRIA
Lokasi
Pelancongan : Masjid Umawi yang dibina oleh Khalifah
al-Walid bin Abdul Malik, benteng Aleppo, Busra.
Makam
Tokoh : Makam Sayidina Husin, Nabi Yahya dan
Salahudin al-Ayyubi. Di sini jugalah bersemadinya para sahabat seperti Abu
Hurairah, Abu Darda’, Bilal bin Rabah, Muawiyah Abi Sufyan dan ramai lagi.
DUBAI EMIRIAH ARAB BERSATU
Keistimewaan
: Negara Islam yang maju dan berteknologi
tinggi.
Lokasi
Pelancongan : Bangunan pencakar langit tertinggi di
dunia: Burj Khalifa dan pelbagai aktiviti menarik.
Pulau
Buatan Terbesar di Dunia : Palm Islands.
Sumber : Majalah al-Ustaz Isu no.20
No comments:
Post a Comment