Istilah ROLE MODEL
(QUDWAH) sebenarnya lebih tepat berbanding IDOLA.
Istilah idola lebih menggambarkan ‘pujaan’ sedangkan istilah role model lebih
tertumpu pada ‘ikutan’ –ikutan yang baik. Kebanyakan remaja pada hari ini hanya
mempunyai idola, yang dipuja dan diminati tetapi bukan untuk diteladani (aspek
kebaikannya).
Rasulullah SAW Heroku…
Dalam hidup ini kita akan selalu dipengaruhi
oleh idola. Andai dapat yang baik, InsyaAllah baiklah kita. Andainya tidak,
hasilnya adalah sebaliknya. Mengapa?
Kerana meniru dan mengikuti itu sebahagian
daripada fitrah manusia. Lihatlah pada sejarah, setelah Qabil membunuh
saudaranya Habil, Qabil meniru kelakuan seekor burung gagak. Iaitu menggali
tanah dan menguburkan mayat Habil dalam lubang yang digalinya.
Sejarah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam
al-Quran: “Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk
memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya ia menguburkan mayat
saudaranya.” (Surah al-Maidah 5: 31)
Maknanya, manusia sangat memerlukan idola,
mentor/murabbi untuk ditiru dan dijadikan teladan untuk diikuti kerana yakin ia
membawa kepada kebaikan. Tidak kira sama ada ingin melakukan kebaikan pun perlu
ada teladan dan ingin meninggalkan kejahatan pun perlu ada teladan.
Kerana idola/teladan ini menzahirkan ilmu
dalam bentuk realiti. Ilmu tidak cukup hanya dibaca tetapi juga perlu dilihat.
Hal ini kerana manusia lebih dipercayai matanya berbanding telinga. Dengan
mata, manusia dapat melihat idolanya –bagaimana idolanya berfikir, berjalan,
berpakaian dan membuat keputusan.
Apabila ia nampak, ia akan sedar dan tahu
sesuatu ilmu. Sama ada dalam akhlak, ilmu, penampilan dan sebagainya.
Kini siapa idola kita? Kalau kita tanyakan
kepada manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Tidak aka
nada jawapan yang objektif dan mutlak kerana memilih idola itu subjektif,
bergantung pada cita rasa manusia. Ada yang memilih idola itu kerana raut
wajah, bentuk tubuh, penampilan diri, kebijaksanaan dan tingkah lakunya.
Namun sebagai seorang Muslim, kita tentulah
ada kayu pengukur tersendiri untuk menilai dan memilih idola. Dan tentu sahaja
idola yang menjadi pilihan Islam adalah lebih berkualiti, hakiki dan abadi.
Dalam Islam, idola tidak dinilai dan dipilih
pada ukuran luaran sahaja. Tetapi mencakupi pelbagai aspek. Oleh itu, hendaklah
memilih idola selaras dengan pilihan Allah kerana apa-apa yang dipilih olehNya itu
sudah tentu lebih tepat dan betul.
Sebab itu awal-awal lagi Allah telah
menguar-uarkan pilihanNya ini: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi sesiapa yang sentiasa
mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab 33: 21)
Inilah idola yang dipilih oleh Allah sebagai
rujukan sekalian manusia. Mana mungkin ada lagi idola yang terbaik selain
Rasulullah. Masakan tidak, hanya Baginda sahaja yang dibentuk dan dididik
sendiri dengan acuan Allah!
KAYU PENGUKUR IDENTITI IDOLA:
1)
AKIDAH
–Pastikan dalamannya benar2 beriman kepada Allah SWT. Akidah yang benar
dihasilkan drpd perlakuan yang baik dan benar.
2)
SYARIAT
–Pastikan
luarannya pula membuktikan keimanannya dengan amalan rutin iaitu solat, puasa
dan sebagainya. Di samping meninggalkan perkara yg haram dan melakukan perkara
yang halal.
3)
AKHLAK –Ini
adalah output daripada latihan hati dan latihan fizikal. Idola yang berakhlak
pasti pemaaf, sabar, lemah lembut dan terserlah ketenangan dalam dirinya.
Bagaimana pula
kalau mengambil Non-Muslim sebagai idola?
Tiada masalah, namun ambillah
hikmahnya dari sudut ilmunya dan teladannya yang baik. Misalnya beliau gigih
dalam soal dunia, mengapa tidak kita meniru kegigihan tersebut. Tetapi lakukan
untuk soal akhirat pula!
TERIMA KASIH YA ALLAH!
Indah
dan beruntungnya kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Masakan tidak, sudahlah
dibekalkan manual kehidupan (al-Quran) sebagai rujukan, diutus pula Rasulullah
yang ‘melakonkan’ semula kandungan al-Quran sebagai teladan untuk kita. Manusia
yang matang pasti akan tersenyum dan bersyukur kepada Allah.
Jika
idola2 dunia hanya membawa pengikutnya untuk mencapai keseronokan di dunia, para
rasul terutamanya Rasulullah SAW pula membawa umatnya untuk mencapai
kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan berganda di dunia dan di akhirat.
Mujur
Allah SWT mengutus Rasulullah SAW kepadaku kerana dialah manusia yang paling
berjasa kepada kita. Rasulullah yang memberitahu, memahamkan, mendidik dan
memimpin kita untuk sukses dalam hidup.
Kalau
tidak…diriku samalah juga dengan makhlukNya yang lain. Kata Buya Hamka: “Kalau
hidup hanya sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja,
kerbau di sawah juga bekerja!”
Bersyukurlah…utusan
Allah inilah yang memandu kehidupanku lebih terarah dan menyebabkan aku menjadi
‘manusia’. Wallahu a’alam.
#CreditByGenQ
No comments:
Post a Comment