NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI
NEGARAWAN DAN
PERKAITAN DENGANNYA.
PENDAHULUAN
Nabi
Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik
secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu
yang pertama pada 17 Ramadan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi, iaitu melalui surah
al-Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti pula dengan surah al-Mudathir ayat 1-7
yang menandakan kerasulan baginda SAW. Baginda mula menjalankan dakwah secara
sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin Negara dan masyarakat, panglima
tentera serta perancang ekonomi yang disegani.
BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL
SEBAGAI NABI DAN RASUL
Baginda
diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci
al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti
menerima wahyu dan memiliki sifat mulia seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan
Fatanah serta melalui bukti-bukti sejarah.
Selain
kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda
masih kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk
dibersihkan. Selama 13 tahun baginda di Makkah, baginda lebih dikenali sebagai
seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam.
Ada
yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa menyebarkan
agama Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah-lembut, toleransi tetapi
tegas. Teras ajaran adalah berpaksikan aspek akidah, syariat dan akhlak. Baginda
berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insane yang paling sempurna
dan menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah
menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang
tersebut adalah seperti ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah
(kahwin), jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa.
SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT DAN NEGARAWAN
Baginda
terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah,
sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan
pelbagai langkah seperti :
v
Berjaya
menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah
perpecahan begitu lama.
v
Mengeratkan
lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat, aman, stabil
dari segi politik dan ekonomi.
v
Mengekalkan
perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru sendiri mereka bekerjasama dan
bantu-membantu mempertahankan kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.
v
Menegakkan
agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak
memaksa menganut ajaran Islam.
v
Ketua-ketua
suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing
selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
v
Membantuk
konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan akidah dan menolak semangat
assabiah pada zaman jahiliah.
KEPIMPINAN POLITIK
Kepimpinan politik baginda
terserlah sejak baginda di kota Makkah lagi seperti dalam menyelesaikan masalah
meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang
melanda Makkah ketika itu.
Dalam Perjanjian Aqabah, baginda
menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik
dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi
tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi,
malah terus mengadakan perundingan dengan mereka.
Berjaya menyatukan puak Aus dan
Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar di Madinah. Pembentukan Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran
Madinah yang berteraskan wahyu.
Dalam politik di peringkat
antarabangsa, baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda menghantar
perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran
Islam. Tidak sampai setengah abad, semua Negara tersebut tunduk di bawah
pemerintahan Islam.
Sistem syura diperkenalkan dlam
semua bidang termasuk politik dan ekonomi.
SEBAGAI PERANCANG EKONOMI
Nabi sebagai perancang ekonomi,
baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliah. Baginda
menggalakkan orang Islam bekerja keras dan aktif dalam urusan perniagaan dan
pertanian.
Masyarakat diminta mengelakkan
riba dan wajib menunaikan zakat serta jujur dalam urusniaga.
Nabi berusaha membangunkan
ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah
tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi
yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.
MENJADI PEMIMPIN TENTERA
Dalam bidang ketenteraan,
baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang
disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan akidah, syariah dan
akhlak mulia.
Baginda mempunyai keyakinan
ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan, baginda bertindak mengikut
batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah
dan golongan tidak bersenjata serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman.
Baginda menunjukkan akhlak baik
dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang
ditawan (Perang Hunain & Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk
memeluk agama Islam.
Rasulullah SAW ialah seorang
pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan
strategi perang. Sebagai contohnya, dalam Perang Badar, baginda menggunakan
sistem saf dalam Perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit serta
teknik mengepung dalam Perang Taif.
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad
SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda merupakan
seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan pemimpin tentera
yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan
aspek akidah tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya
membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh Khulafa’ al-Rasyidin.