SUMBANGAN
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH DALAM MENGUKUHKAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
Nama sebenar Sultan Muhammad
al-Fatih ialah Muhammad bin Murad. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan
menduduki takhta semasa berumur 19 tahun bagi menggantikan bapanya Sultan Murad
II. Sultan Muhammad al-Fatih sangat terkenal dalam bidang ketenteraan dan
penaklukan negeri dan baginda digelar al-Fatih (penakluk). Baginda telah
memerintah empayar yang luas selama 30 tahun. Baginda merupakan seorang
negarawan yang ulung dan panglima tentera
yang handal. Kejayaannya yang paling besar dalam bidang ketenteraan
ialah penaklukan ke atas kota Constantinople iaitu pusat pemerintahan
Byzantine.
Sejak kecil lagi, Sultan
Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji langkah bapanya yang ingin
menawan kota Constantinople. Baginda berasa terancam apabila Raja Constantine
XI cuba mengugutnya. Baginda menyediakan pasukan tentera seramai 265 000 orang
dengan kapal laut sebanyak 400 buah dan peralatan moden seperti meriam gergasi.
Kemudian baginda telah membina sebuah kubu pertahanan ‘Rumili Hisari’ di tebing
Selat Bosphorus. Baginda telah mengadakan perjanjian damai dengan
kawasan-kawasan jiran seperti Serbia dan Hungary. Angkatan Tentera Byzantine
pula dibantu oleh Kerajaan Vatican dan beberapa Negara Eropah. Sultan Muhammad
al-Fatih telah menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai kemenangan.
Salah satu daripada strategi
tersebut ialah membawa ulama untuk memberikan motivasi dan semangat kepada
tentera Islam. Baginda juga membawa kapal perang melalui jalan darat. Hampir
dua bulan diserang, kota itu masih dapat dipertahankan tetapi setelah sembilan
bulan, kota ini jatuh kepada tentera Islam dan rajanya terbunuh. Sultan
Muhammad al-Fatih berjaya memasuki
istana raja pada tahun 1435 M. Kota Constantinople ditukar nama kepada Istanbul
dan dijadikan sebagai ibu kota Turki Uthmaniyah.
Tugas baginda seterusnya adalah
menambah bilangan penduduk Istanbul yang sudah berkurangan akibat terkorban
dalam peperangan. Baginda mengarahkan orang Yahudi kembali ke kota ini.
Kekayaan yang dimiliki telah membantu memakmurkan Constantinople. Baginda juga
mengarahkan negeri-negeri di bawah takluknya menghantar wakil masing-masing ke
Istanbul. Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke kota
ini kerana terletak di tempat yang strategik. Sifat baik hati dan pemurah
Sultan Muhammad al-Fatih menjadikan kota ini sebagai pusat pendidikan dan
intelektual.
Sumbangan penting Sultan
Muhammad al-Fatih ialah menyatukan empayarnya di bahagian utara Balkan untuk
menyekat serangan kaum Magyar. Baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan
Serbia. Pada tahun 1458, berlaku krisis di istana Belgrade akibat perebutan
kuasa. Kesempatan ini digunakan oleh baginda untuk menawan Belgrade. Baginda
juga berjaya menghapuskan perikatan tentera Kerajaan Albania.
Baginda juga mendirikan masjid
dan bangunan-bangunan lain untuk memajukan negara. Gereja Besar St Sophies
ditukar kepada Masjid Aya Sofia sebagai pusat beribadat orang Islam. Baginda
juga membina dua lagi masjid di Istanbul. Terdapat pelbagai kemudahan dibina
seperti madrasah, perpustakaan, hospital, rumah tumpangan, kolam renang dan
telaga air. Semua kemudahan ini adalah untuk kebajikan rakyat dan menjaga
keselamatan sultan selain membina limbungan kapal, gedung senjata dan juga kubu
pertahanan.
Sultan Muhammad al-Fatih
memperoleh kejayaan besar sepanjang pemerintahannya. Baginda berjaya menyusun
dan mengemaskinikan sistem pentadbiran, menjalinkan hubungan baik dengan
kawasan naungannya dan membina empayar yang luas. Pembukaan Istanbul merintis
jalan kepada kehancuran kerajaan Byzantine.
No comments:
Post a Comment