Saturday 3 September 2016

BATU PAHAT + KULAI, JOHOR


JELAJAH JOHOR FASA IV (JJ6)
“MEMBERI SERIBU PENGERTIAN,
MEMBAWA PELBAGAI PENGISIAN”



Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor…

Buat pertama kalinya, saya sertai program JJ6 ni, maka saya tampilkan entry yang istimewa dan cukup menarik untuk saya kongsi bersama. Walaupun dah lama menjelajah tapi cukup bermakna untuk saya coretkan sedikit perkongsian ini.



 Jelajah Johor merupakan program anak angkat yang melibatkan warga Johor di daerah tertentu serta aktiviti tahunan yang menjadi suatu kemestian bagi Sekretariat Anak Johor (SOHOR) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hal ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli kelab dan turut disertai oleh pelajar yang berlainan negeri seperti Terengganu, Kelantan dan sebagainya bagi merasai suasana aktiviti dijalankan di negeri Johor ini.

Istimewa kali ini, Jelajah Johor Fasa IV berlangsung selama 4 hari dalam bulan Ramadan di 2 buah daerah iaitu Batu Pahat dan Kulai, Johor Bertemakan, “Seindah Ramadan: Memberi Seribu Pengertian, Membawa Pelbagai Pengisian”.

Banyak aktiviti yang dijalankan, antaranya adalah aktiviti khidmat masyarakat (WE CARE WE LOVE: Ziarah Warga Emas, Gotong-Royong), bakti siswa (Slot LDK bersama pelajar sekolah), pendidikan (Lawatan ke IKS) serta kerohanian bersama masyarakat setempat (Berbuka puasa, Sahur, Solat fardu, Tarawih berjemaah).

Sampai sahaja destinasi yang dituju, program pastinya bermula dengan majlis perasmian & penyerahan anak angkat. Aktiviti2 diteruskan seperti saya katakan tadi dan berakhir dengan majlis penutupan di setiap daerah.

JJ6 kali ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada kalangan pelajar UMT malah media cetak dari pelbagai surat khabar turut menyiarkan program JJ6 SOHOR UMT ini.



25-27 JUN 2016 KG. PARIT TENGAH, BATU PAHAT










27-29 JUN 2016 : KG. MURNI JAYA, LAYANG-LAYANG, KULAI








Aktiviti2 yang menarik dalam program JJ6 ini telah menarik perhatian media cetak melalui surat khabar; 





Akhir kata, maafkan saya jika saya tak sempurna. Ceh, hahahaha :’)
Mostly, first time, blogging suatu yg ‘santai’ ni walaupun tampak ‘professional’ sangat ayat2 ‘cinta’ saya tapi saya cuba untuk kongsi cerita dan pengalaman yang indah ini bersama. So, apa2pn Selamat Membaca, Semoga hati2 awak yg ‘kempunan’ nak join JJ nii, harap terbuka hati utk join program SOHOR yg seterusnya dan pastinya lebih ‘urmpphh’. In Shaa Allah…Huhuhu~

Kerana apa? Kerana Cemburunya anda pada Johor hanyalah suatu yang sia-sia. Tidak untuk mendabik dada, tapi kerana ceritera cinta Johor suatu yang menggamit jiwa. Cehhh! Hahahaha. Oky2, sampai di sini shja..Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua ;)



SKKJ BATCH 95' MAKING THE SWEET MOMENT


Pertemuan dan perpisahan itu suatu kepastian yang tidak dapat kita elakkan. Tapi dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, pasti yang berpisah itu bertemu pada saat dan waktu yang tepat untuk kita nantikan.

                        SKKJ Batch ‘95 Making The Sweet Moment

Cerita pasal “THE SWEET MOMENT”..SKKJ batch ‘95 ini menciptakan lakaran indah untuk diri ini hargai, amati dan rindui sentiasa. Bukan suatu yang mudah untuk kita mencari ‘sesuatu’ yang hilang sekian lama, dan akhirnya hilang selama ini ditemui dengan sebuah ikatan, jalinan, makanan, (haishh aii byk beno~ an2..) persahabatan yang terlerai.

Macam mana ikatan yang hilang itu ditemui dan kemudian ‘diikat’ rapi? Pastinya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih…Maka, hati-hati insan yang terpilih; Muaz, Amanina, Shahrulnizam dan lain2 (maaf, xingat siapa lgi hee~) ini melakukan ‘sesuatu’ di luar jangkaan (blh jangka ke? Ermm) Apa yg diorang buat adalah REUNION. Reunion yg berbentuk kunjung-mengunjung rumah sahabat-handai di sekitar daerah Segamat, Johor terutama sempena hari yg mulia, HARI RAYA AIDILFITRI. Bukan setakat itu je, tpi kita berkumpul bersama dalam satu kumpulan dgn bantuan Whatsapp. Huhuhu (jgn biarkan jarak yg jauh ini jika teknologi yg canggih tdk digunakan utk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain).

Dengan tekad yg jitu (amboi, gitu) mereka dh lama merancang tapi tetapi jua Allah yang menentukan, maka tak silap bermulanya detik pertemuan ini pada tahun 2015. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pertemuan ini sebab bukan mudah nak jumpa kawan2 sekolah rendah ini terutama bagi i yang baru je setahun bersekolah di SKKJ ni (tahun 2007 di SKKJ, sebelum ni sekolah di SKTM, Muo)..walaupun, tak semua ada tapi sekurang-kurangnya SKKJ ’95 TETAP DI HATIKU hee~ dan terima kasih byk2 kpd semua kawan2 i yg still remember me (mcm amanat terakhir je haha~) wlupn mcm i kata tadi, setahun je..tapi cukup i hargai dan bermakna sgt. Terima kasih juga sebab sudi datang bertandang ke singgahsana i time raya tahun 2015 dan malam raya ke-4 tahun 2016 yang tak seberapa hidangan yang i jamu utk uollsz. So, that’s all, thank you very muchhh~(ayat last yg selalu org bt time speaking muet huu~).

Sebelum tu, sajian tatapan buat mata anda..gambar time korang datang bertandang tu. (cehh! Mcm dtg meminang pulokk hahaha). 




Oky, Setakat ini sahaja ceritera saya buat awak semua, sahabatku..akhir kata, maafkan saya atas tersalah kata, terkhilaf bicara, tergurau senda, ter-apa2 laa ya. Sbb saya manusia yg tak terlepas dari buat silap dan salah tanpa sedar mahu pun sebaliknya tapi bukan sengaja kay. Apa2pn, Selamat Membaca, Enjoy Your Life, Make Sweet Memories, Always Success and Don’t forget me, please??? Hehehe~ 

Wednesday 10 August 2016

ISTIMEWANYA TANAH ARAB

WILAYAH HIJAZ


Semenanjung Arab terbahagi kepada lima wilayah. Salah satunya ialah wilayah Hijaz. Hijaz ialah wilayah yang terletak di sebelah utara Yaman dan sebelah timur Tihamah. Ia terdiri daripada beberapa lembah yang terletak di celah-celah pergunungan al-Surah yang terbentang dari Syam hingga ke Najran di Yaman dan memuatkan dua kota suci Makkah dan Madinah.

Ia dinamakan Hijaz kerana ia memisahkan antara Tihamah dan Najd. Hijaz dahulunya merupakan zon gunung berapi yang aktiviti volkaniknya sangat tinggi. Ia diperkuatkan dengan adanya gunung-gunung berapi besar yang menghiasi permukaan dataran tinggi Ethiopia yang mempunyai kawah-kawah gunung berapi yang lebar seperti kawah Ambafrit, Jujam, Amidamit, Samin dan Dathan.

Allah melindungi Hijaz bermula dari Laut Merah. Di dalam Laut Merah terdapat aktiviti gunung berapi yang kecil yang menghasilkan batu-batu lahar. Dr. Thalat Abduh menyatakan bahawa aktiviti gunung berapi besar di Ethiopia dan aktiviti gunung berapi kecil di semenanjung Arab membersihkan kawasan Laut Merah yang penuh dengan rekahan-rekahan yang mempunyai aktiviti gempa bumi yang tinggi. Laut Merah juga asalnya adalah rekahan lapisan bumi yang sangat besar tetapi ia dipenuhi air dan menjadi laut.

Para geologi membuat kajian bahawa terdapat lintasan batu api berstatus pasif dan ia masih mengalirkan lahar volkanik sepanjang lintasannya. Laut Merah juga dikatakan bergerak dan bertambah luas. Gerakan ini mengakibatkan peningkatan aktiviti gempa bumi dan gunung berapi.




Sebenarnya Hijaz adalah wilayah yang memiliki struktur tanah yang rapuh. Seorang peneliti geografi bernama Fisher menyatakan bahawa ada garis kerapuhan structural yang melintasi semua wilayah Hijaz. Struktur batuan wilayah ini memang tidak seimbang dan boleh menyebabkan kegelongsoran tanah. Tetapi Allah Maha Kuasa. Walaupun wilayah Hijaz ini dikepung oleh lahar dan mempunyai aktiviti volkanik yang tinggi, Allah menjaganya daripada segala kemusnahan dan bala bencana.

Walaupun kawasan kejiranan wilayah Hijaz dilanda gempa bumi yang dahsyat, ia sedikitpun tidak memusnahkan dan menggoncang Hijaz. Hijaz juga ialah wilayah anti-penggurunan. Walaupun seluruh wilayah ini adalah zon padang pasir yang luas dan kering tetapi Allah menjaganya daripada menjadi tempat yang tandus dan gersang. Buktinya, Allah melimpahkan wilayah ini dengan sumber-sumber mata air seperti air zamzam yang melimpah-limpah.

Ini kerana Allah ingin menjaga dua kota suci iaitu Makkah dan Madinah daripada terkena apa-apa bencana dan malapetaka. Di sini terserlahlah bukti dan kebenaran kata-kata Abdul Mutalib iaitu datuk Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa kota Makkah memiliki Tuhan yang selalu menjaganya. Wallahu a’lam.


Sumber:
Ustaz Fauzi Abdul Hamid (Segmen Islam & Sains)

Majalah al-Ustaz Isu no. 20.

9 DESTINASI WAJAR TUJU PELANCONG MUSLIM


MAKKAH ARAB SAUDI

Sejarah : Tempat kelahiran Nabi Muhammad dan juga tempat Baginda menerima wahyu daripada Allah.

Keistimewaan : Kota paling suci bagi umat Islam.

Mesti Ziarah : Di sini terletaknya Masjidil Haram yang didalamnya terdapat Kaabah, kiblat umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Ia juga tempat perhimpunan tahunan umat Islam bagi menunaikan Haji pada bulan Zulhijah.


MADINAH ARAB SAUDI

Sejarah : Masjid pertama umat Islam terletak di Madinah iaitu Masjid Quba. Madinah, bumi paling dikasihi Allah kerana ia lokasi penghijrahan Nabi.

Keistimewaan : Kota suci kedua bagi umat Islam.

Mesti Ziarah : Masjid al-Nabawi yang di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad. Juga terdapat perkuburan Baqi’, makam keluarga dan para sahabat Nabi. Lokasi rakaman peristiwa penting sejarah Islam, antaranya Perang Badar dan Perang Uhud. 


BAITUL MAQDIS PALESTIN

Sejarah : Kiblat pertama pada zaman Nabi Muhammad sebelum ditukar kepada Kaabah di Masjidil Haram.

Keistimewaan : Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia.

Mesti Ziarah : Masjidil Aqsa sebenarnya berkubahhijau kehitaman bukannya berkubah keemasan seperti yang selalu ditayangkan. Kubah emas itu ialah ‘Dome of Rock’ (Qubbat al-Sakhrah) yang di dalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.



ISTANBUL TURKI

Nama Lama : Constantinople.

Sejarah : Kota ini berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh dengan 70 kapal laut melalui daratan sejauh tiga batu dengan hanya satu malam. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.

Lokasi Pelancongan : Masjid Biru, Istana Topkapi, Pamukkale (Cotton Castle), Muzium Hagia Sophia (kini menjadi sebuah masjid), Library of Celsus.


ANDALUSIA SEPANYOL

Sejarah : Pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke 8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Asalnya, wilayah ini dihuni oleh bangsa kafir. Kemudian panglima Bani Umayyah, Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusayr menentang pemerintahan zalim bangsa Visigoth ini dan menggelar wilayah tersebut sebagai Tanah Vandal (Vandalusia atau Andalusia).

Lokasi Pelancongan : Istana al-Hambra, Selat Gibraltar, Pergunungan Sierra Nevada, Masjid Cordoba, Ronda (White City).


PETRA JORDAN

Keistimewaan : Salah satu Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Tapak kota lama ini tidak diketahui sehingga pada tahun 1812, seorang penjelajah Switzerland, Johann Ludwig Burckhardt menjumpainya.

Keunikan : Ukiran dan pahatan pada batuan cadas berwarna merah jambu dengan ketinggian mencapai 40 meter. Hasil ukiran Kaum Nabataean yang mahir dalam seni bina dan mengukir.


KAHERAH MESIR

Sejarah : Kota Nabi Musa. Kota kebudayaan, agama dan pusat ilmuwan sedunia.

Lokasi Pelancongan : Piramid, Sakkara, Memphis, Citadel (rumah pemerintah Mesir berusia 700 tahun), Gereja Gantung dan Sinagog Ben Ezra (Kuil Yahudi).

Pusat Ilmuwan : Universiti al-Azhar.




DAMSYIK SYRIA

Lokasi Pelancongan : Masjid Umawi yang dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, benteng Aleppo, Busra.

Makam Tokoh : Makam Sayidina Husin, Nabi Yahya dan Salahudin al-Ayyubi. Di sini jugalah bersemadinya para sahabat seperti Abu Hurairah, Abu Darda’, Bilal bin Rabah, Muawiyah Abi Sufyan dan ramai lagi.


DUBAI EMIRIAH ARAB BERSATU

Keistimewaan : Negara Islam yang maju dan berteknologi tinggi.

Lokasi Pelancongan : Bangunan pencakar langit tertinggi di dunia: Burj Khalifa dan pelbagai aktiviti menarik.

Pulau Buatan Terbesar di Dunia : Palm Islands.









Sumber : Majalah al-Ustaz Isu no.20 

Friday 5 August 2016

1 MALAYSIA (ERA DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK)


1 MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia buan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.


Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.



Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identity-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.


Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberkan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Sumber:



Tuesday 5 May 2015

MY HERO IN THE WORLD UNTIL JANNAH


Istilah ROLE MODEL (QUDWAH) sebenarnya lebih tepat berbanding IDOLA. Istilah idola lebih menggambarkan ‘pujaan’ sedangkan istilah role model lebih tertumpu pada ‘ikutan’ –ikutan yang baik. Kebanyakan remaja pada hari ini hanya mempunyai idola, yang dipuja dan diminati tetapi bukan untuk diteladani (aspek kebaikannya).

Rasulullah SAW Heroku…
Dalam hidup ini kita akan selalu dipengaruhi oleh idola. Andai dapat yang baik, InsyaAllah baiklah kita. Andainya tidak, hasilnya adalah sebaliknya. Mengapa?
Kerana meniru dan mengikuti itu sebahagian daripada fitrah manusia. Lihatlah pada sejarah, setelah Qabil membunuh saudaranya Habil, Qabil meniru kelakuan seekor burung gagak. Iaitu menggali tanah dan menguburkan mayat Habil dalam lubang yang digalinya.

Sejarah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran: “Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya ia menguburkan mayat saudaranya.” (Surah al-Maidah 5: 31)

Maknanya, manusia sangat memerlukan idola, mentor/murabbi untuk ditiru dan dijadikan teladan untuk diikuti kerana yakin ia membawa kepada kebaikan. Tidak kira sama ada ingin melakukan kebaikan pun perlu ada teladan dan ingin meninggalkan kejahatan pun perlu ada teladan.

Kerana idola/teladan ini menzahirkan ilmu dalam bentuk realiti. Ilmu tidak cukup hanya dibaca tetapi juga perlu dilihat. Hal ini kerana manusia lebih dipercayai matanya berbanding telinga. Dengan mata, manusia dapat melihat idolanya –bagaimana idolanya berfikir, berjalan, berpakaian dan membuat keputusan.
Apabila ia nampak, ia akan sedar dan tahu sesuatu ilmu. Sama ada dalam akhlak, ilmu, penampilan dan sebagainya.



Kini siapa idola kita? Kalau kita tanyakan kepada manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Tidak aka nada jawapan yang objektif dan mutlak kerana memilih idola itu subjektif, bergantung pada cita rasa manusia. Ada yang memilih idola itu kerana raut wajah, bentuk tubuh, penampilan diri, kebijaksanaan dan tingkah lakunya.

Namun sebagai seorang Muslim, kita tentulah ada kayu pengukur tersendiri untuk menilai dan memilih idola. Dan tentu sahaja idola yang menjadi pilihan Islam adalah lebih berkualiti, hakiki dan abadi.

Dalam Islam, idola tidak dinilai dan dipilih pada ukuran luaran sahaja. Tetapi mencakupi pelbagai aspek. Oleh itu, hendaklah memilih idola selaras dengan pilihan Allah kerana apa-apa yang dipilih olehNya itu sudah tentu lebih tepat dan betul.

Sebab itu awal-awal lagi Allah telah menguar-uarkan pilihanNya ini: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab 33: 21)

Inilah idola yang dipilih oleh Allah sebagai rujukan sekalian manusia. Mana mungkin ada lagi idola yang terbaik selain Rasulullah. Masakan tidak, hanya Baginda sahaja yang dibentuk dan dididik sendiri dengan acuan Allah!

KAYU PENGUKUR IDENTITI IDOLA:
1)   AKIDAH –Pastikan dalamannya benar2 beriman kepada Allah SWT. Akidah yang benar dihasilkan drpd perlakuan yang baik dan benar.
2)   SYARIAT –Pastikan luarannya pula membuktikan keimanannya dengan amalan rutin iaitu solat, puasa dan sebagainya. Di samping meninggalkan perkara yg haram dan melakukan perkara yang halal.
3)   AKHLAK –Ini adalah output daripada latihan hati dan latihan fizikal. Idola yang berakhlak pasti pemaaf, sabar, lemah lembut dan terserlah ketenangan dalam dirinya.

Bagaimana pula kalau mengambil Non-Muslim sebagai idola?
Tiada masalah, namun ambillah hikmahnya dari sudut ilmunya dan teladannya yang baik. Misalnya beliau gigih dalam soal dunia, mengapa tidak kita meniru kegigihan tersebut. Tetapi lakukan untuk soal akhirat pula!

TERIMA KASIH YA ALLAH!
Indah dan beruntungnya kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Masakan tidak, sudahlah dibekalkan manual kehidupan (al-Quran) sebagai rujukan, diutus pula Rasulullah yang ‘melakonkan’ semula kandungan al-Quran sebagai teladan untuk kita. Manusia yang matang pasti akan tersenyum dan bersyukur kepada Allah.

Jika idola2 dunia hanya membawa pengikutnya untuk mencapai keseronokan di dunia, para rasul terutamanya Rasulullah SAW pula membawa umatnya untuk mencapai kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan berganda di dunia dan di akhirat.

Mujur Allah SWT mengutus Rasulullah SAW kepadaku kerana dialah manusia yang paling berjasa kepada kita. Rasulullah yang memberitahu, memahamkan, mendidik dan memimpin kita untuk sukses dalam hidup.

Kalau tidak…diriku samalah juga dengan makhlukNya yang lain. Kata Buya Hamka: “Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja!”

Bersyukurlah…utusan Allah inilah yang memandu kehidupanku lebih terarah dan menyebabkan aku menjadi ‘manusia’. Wallahu a’alam.


#CreditByGenQ