Thursday 26 February 2015

MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

KONSEP NEGARA
v Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir oleh kerajaan.
v Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.
v Satu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

KONSEP NEGARA BERDAULAT
v Penduduk yang menetap di sebuah wilayah yang mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang sistematik.
v Bebas daripada penjajahan kuasa asing.
v Bebas mengadakan hubungan dengan Negara-negara lain,
v Negara mempunyai identiti yang tersendiri.

KONSEP KERAJAAN
v Ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah Negara.
v Merangkumi semua badan yang menggubal, mentafsir dan melaksana dasar Negara demi pembangunan Negara dan kebajikan rakyat.

PERANAN KERAJAAN
v Menentukan arah tadbir urus Negara demi keamanan, kesejahteraan warganegara.
v Menyediakan kemudahan ekonomi.
v Menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat.
v Memastikan keamanan dan ketenteraman.
v Menstabilkan persaingan.
v Perlindungan alam sekitar.
v Penyediaan keperluan asasi.
v Memastikan kestabilan ekonomi.

SISTEM KERAJAAN
JENIS KERAJAAN
KUASA PEMERINTAHAN
CONTOH NEGARA
KESATUAN
ü Kerajaan Pusat menguasai pentadbiran & perundangan.
ü Kerajaan Negeri mgikut segala peraturan yg ditetapkan oleh Kerajaan Pusat/
ü Great Britain
ü New Zealand
ü Malayan Union (1946)
KONFEDERASI
ü Kerajaan Negeri menguasai pentadbiran  & perundangan
ü Kuasa Kerajaan Pusat sgt terhad.
ü Negeri-negeri Selatan AS
PERSEKUTUAN
ü Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran Negara.
ü India
ü Malaysia
ü Amerika syarikat
ü Australia

JENIS-JENIS KERAJAAN
v Monarki
v Autokrasi
v Totalitarian
v Sosialis
v Republic
v Komunis
v Demokrasi berparlimen :
·  Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
·  Setiap rakyat mempunyai persamaan hak.
·  Menegakkan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
·  Raja ialah Ketua Negara, manakala PM ialah Ketua Kerajaan.
·  Mempunyai kebebasan bersuara.

·  Terdapat juga Negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden.

Sunday 22 February 2015

DEMOKRASI BERPARLIMEN

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN 
SELEPAS NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN

PENGENALAN
v Selepas merdeka, sistem pemerintahan Negara dilaksanakan berdasarkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan.
v Ini berkait rapat dengan hak rakyat dalam usaha kerajaan menjaga kepentingan mereka.
v Sesebuah kerajaan demokratik dipilih oleh rakyat.
v Pemilihan wakil rakyat dijalankan melalui satu pilihan raya yang diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

FAKTA & HURAIAN
v Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Negara meliputi Perlembagaan Persekutuan, Parlimen, raja berperlembagaan, pilihan raya, parti-parti politik, hak dan kebebasan asasi rakyat serta pembahagian kuasa antara kuasa kerajaan pusat dan negeri.

Ø PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Bagi sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen, perlembagaan merupakan satu jaminan dan perlindungan kepada rakyat dalam menentukan tanggungjawab setiap rakyat dalam sesebuah Negara bangsa.

Diwujudkan pada 16 September 1963 adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1957.

Merangkumi 181 perkara, iaitu tentang bidang tugas Yang di-Pertuan Agong, bidang kuasa Parlimen, bidang tugas Jemaah Menteri (kabinet) serta dasar-dasar awam seperti hak asasi rakyat, hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, agama Islam dan bahasa kebangsaan.

Ø PARLIMEN
Parlimen menjadi lambang demokrasi dan merupakan kuasa tertinggi dalam Negara.

Komponen Parlimen ialah Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen sebagai badan perundangan Negara berfungsi menggubal rang undang-undang seperti pertahanan, hal ehwal luar negeri, jenayah, keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan, kewangan dan perdagangan.

Ø RAJA BERPERLEMBAGAAN
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai raja berperlembagaan merupakan ketua Negara dan tertakluk kepada perlembagaan.

Baginda menjadi lambang perpaduan, kedaulatan dan keutuhan Negara serta tumpuan taat setia rakyat yang berbilang bangsa.

YDPA dipilih melalui pemilihan sulit Majlis Raja-Raja dan akan memegang jawatan selama lima tahun seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai ketua Negara, baginda menjalankan kuasa pemerintahan yang diamanahkan mengikut nasihat PM dan Jemaah Menteri yang dilantik.

Antara bidang kuasa baginda adalah memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri serta mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri mengikut budi bicara baginda sendiri.

Juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Bersenjata Persekutuan.
Baginda mempunyai kuasa mengampun, meringankan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera.

Baginda menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja/sultan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, YDPA tidak boleh memegang sebarang jawatan bergaji, melibatkan diri dalam perniagaan dan dilarang meninggalkan Persekutuan selama 15 hari kecuali atas urusan rasmi Negara.

Ø KERAJAAN NEGERI & KERAJAAN TEMPATAN
Kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan merupakan salah satu daripada ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Negara.

Pada peringkat negeri, ketua negeri ialah raja (Perlis sahaja) dan sultan.

Negeri yang tidak mempunyai raja/sultan seperti :
(Yang Dipertua Negeri-Pulau Pinang, Sabah, Sarawak & Melaka)
(Yang Dipertuan Besar- Ketua Negeri di Negeri Sembilan)

Setiap negeri dalam Negara pula mempunyai kuasa pada peringkat kerajaan tempatan yang dibahagikan kepada daerah, jajahan dan sebagainya.

Pihak berkuasa pada setiap peringkat tersebut dipegang oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Misalnya, ketua pentadbiran di peringkat daerah dipegang oleh seorang pegawai daerah.

PENUTUP
v Sistem demokrasi berparlimen Negara mempunyai beberapa ciri. Dengan wujudnya sistem ini, pentadbiran Negara menjadi lebih teratur dan terus diamalkan sehingga sekarang di samping dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara.

*** TIADA Fakta & Huraian berkaitan Pilihan Raya, Parti-parti Politik, Hak dan Kebebasan Asasi Rakyat di sini.

Usaha Tangga Kejayaan!!!
Selamat Meneroka dan Menjelajah Ilmu Sejarah.
Sekian, Jazakumullahu Khaira!!! <3

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU 
SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH
PENGENALAN
v Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, kedudukan susun lapis masyarakat Melayu tradisional agak kompleks tetapi teratur.
v Golongan yang memerintah terbahagi kepada taraf kedudukan dan peranan masing-masing.
v Golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
v Kedudukan golongan yang diperintah dalam masyarakat ditentukan oleh dua aspek, iaitu taraf tersedia dan taraf capaian.
v Taraf tersedia merupakan kedudukan seseorang individu yang diperoleh secara warisan atau turun-temurun, manakala taraf capaian pula diperolehi apabila dia menerima sesuatu anugerah atau pangkat daripada sultan atau pemerintah.

FAKTA & HURAIAN
v GOLONGAN PEMERINTAH
Ø Merujuk kepada raja/sultan/Yamtuan Besar yang merupakan tunggak kerajaan dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.

ü RAJA/SULTAN/YAMTUAN BESAR
· Mempunyai kuasa dan kewibawaan bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan takluk.
· Mempunyai kuasa mutlak dan memiliki beberapa hak serta keistimewaan seperti penggunaan alat kebesaran yang dikhaskan dan tidak boleh dimiliki oleh rakyat biasa.
· Juga menguasai sumber ekonomi dalam negeri seperti tenaga manusia dalam jajahan yang dikuasai mereka, contohnya kewujudan sistem kerah dan sistem serah.
·     Apabila seseorang raja mangkat, takhta kerajaan akan diwariskan kepada putera sulung.
·       Sekiranya tiada pewaris, barulah adik lelaki raja akan dilantik.
·  Walau bagaimanapun sistem pewarisan takhta agak berbeza di negeri Perak kerana mengamalkan sistem giliran.
·  Di Negeri Sembilan pula, Yamtuan Besar dipilih oleh Undang Berempat.

ü KELUARGA & KERABAT DIRAJA
·  Menduduki tempat kedua dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
· Terdiri daripada anak-anak raja, permaisuri dan saudara-mara terdekat.
· Mempunyai beberapa keistimewaan tertentu tetapi tidak boleh melebihi keistimewaan raja yang memerintah.
· Antara keistimewaan tersebut adalah, mereka dibenarkan menggunakan payung berwarna putih dab menggunakan bahasa dalam.
· Terdapat juga dalam kalangan mereka yang dilantik menjadi pembesar dan pemerintah tanah jajahan.
·     R. O Winstedt dalam bukunya yang bertajuk The History of Perak menyatakan jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda di Perak diberi kepada kerabat diraja.

ü BANGSAWAN & PEMBESAR
·       Mempunyai hubungan akrab dengan pemerintah.
· Mereka dibenarkan menggunakan bahasa dalam untuk mengekalkan identitinya.
· Golongan bangsawan ini terdiri daripada kerabat diraja atau mereka yang berpengaruh dalam kalangan pemerintah.
· Golongan pembesar berperanan mengendalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri.
· Mereka mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam melicinkan sistem pemerintahan.

ü GOLONGAN AGAMA & PENDETA
·     Merupakan golongan cerdik pandai. Ulama memiliki pengetahuan agama yang mendalam.
· Juga boleh dianggap sebagai golongan bangsawan yang memerintah disebabkan peranan mereka sebagai penasihat pada pemerintah dalam bidang keagamaan.
·       Golongan pendeta pula tidak ramai bilangannya.
·       Namun mereka pakar dalam bidang kesusasteraan, kesenian, dan kebudayaan terutama berkenaan salasilah raja.

ü PENGHULU
·       Merupakan pentadbir pada peringkat kampung atau mukim.
·  Mereka dicalonkan oleh pembesar daerah atau jajahan tetapi pelantikan dibuat oleh sultan melalui surat tauliah.
·  Tugas penghulu termasuklah memelihara keamanan kampung, membekalkan tenaga buruh, mengutip cukai dan menjadi perantara antara pembesar daerah dengan anak buah.

v GOLONGAN YANG DIPERINTAH
Ø Terdiri daripada golongan yang disebut sebagai golongan menderhaka iaitu rakyat biasa yang hidup bebas.
Ø Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan rakyat asing.

ü RAKYAT BIASA
·  Terdiri daripada masyarakat peribumi yang bermastautin secara tetap.
·  Melakukan pekerjaan seperti menjadi petani, buruh kasar dan tukang mahir.

ü RAKYAT ASING
·       Terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri.
·   Mereka bukan penduduk asal tetapi hanya datang untuk tujuan tertentu seperti berdagang.

ü GOLONGAN HAMBA
·   Merupakan golongan terendah dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
·       Terdiri daripada hamba raja, hamba serah dan hamba berhutang.
·     Berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menjalankan pelbagai kerja dalam masyarakat, menambahkan harta dan menjadi pegawai kepada tuannya di samping dapat menunjukkan ketinggian status sosial pemiliknya.

PENUTUP
v Kedudukan masyarakat Melayu tradisional dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain, iaitu terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
v Setelah campur tangan British, hierarki sosial masyarakat Melayu mengalami perubahan sama ada dari segi kedudukan dan peranan mereka.
v Misalnya penjajah British telah menghapuskan sistem pemilikan hamba sepenuhnya.

Saturday 21 February 2015

ERA DASAR LUAR MALAYSIA

ERA PEMERINTAHAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1957-1970)
v Dasar Pro-Barat dan Antikomunis
Ø Menjalinkan hubungan baik dengan Negara-negara Komanwel.
v Kerjasama Serantau
Ø Berbaik-baik dengan Negara jiran ekoran terdapat beberapa krisis yang berlaku iaitu :
·     Konfrontasi dengan  Indonesia
·     Terputusnya hubungan dengan Filipina
·     Keluarnya Singapura daripada Malaysia
Ø Usaha untuk berbaik-baik semula dapat dilihat melalui beberapa perjanjian yang ditandatangani :
·     Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
– Thailand & Filipina
·     MAPHILINDO (1961) – Filipina & Indonesia
·     Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) – 8 Ogos 1967
– Thailand, Indonesia, Filipina & Singapura

TUN ABDUL RAZAK (1972-1976)
v Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Ø ASEAN, kuasa-kuasa besar mengiktiraf Kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan / zon yang aman, bebas dan berkecuali.
v Hubungan diplomatik dengan China
Ø Menjalinkan hubungan dengan China untuk mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap Parti Komunis Malaya (PKM).
v Prinsip berkecuali dan Internasionalisme.
v Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

TUN HUSSEIN ONN (1976-1981)
v Hanya meneruskan dasar berkecuali dalam hal ehwal politik Negara luar.
Ø Masih lagi bersikap pro Barat
v Permulaan keamanan bagi Negara-negara Asia Tenggara yang lain :
Ø Hubungan Negara-negara ASEAN selepas kejatuhan Saigon 
(sekarang Ho Chi Minh City) – 1975.
Ø Pengunduran pengkalan-pengkalan tentera AS di Asia Tenggara.
Ø Serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Combodia).
v Membuka peluang kepada Malaysia untuk mempereratkan hubungan baik dengan Negara-negara serantau.

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981-2003)
v Lebih berorientasikan kepada pelbagai aspek seperti kedamaian dan keharmonian Negara, aspek-aspek ekonomi dan aspirasi Negara-negara membangun.
v Keutamaan Dasar Luar :
Ø Penekanan interaksi yang lebih rapat dengan unit-unit politik antarabangsa yang lain seperti ASEAN, Negara-negara Islam, Negara-negara Komanwel, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara yang tidak termasuk dalam mana-mana pertubuhan itu.
v Isu-isu Negara Dunia Ketiga :
Ø Penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan.
Ø Penderitaan penduduk Palestin.
Ø Dasar perdagangan yang memihak kepada Negara maju.
Ø Reformasi sistem pentadbiran PBB di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia.
Ø Isu penyalahgunaan dadah.
Ø Isu kawalan ke atas perdagangan mata wang.
v Isu Antartika
Ø Malaysia menawarkan diri memberikan kerjasama teknikal kepada Negara-negara sedang membangun.
Ø Mengetengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat.
·     Keghairahan sesetengah Negara mengeksploitasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik Negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia.
Ø Mendesak agar Benua Antartika diwarisi oleh semua umat manusia berasaskan prinsip milik bersama.
v Mengambil orientasi ekonomi yang jauh lebih ketara dalam hubungan luar Negara sambil memperjuangkan hak, kepentingan serta aspirasi Negara membangun.
v Sokongan kuat terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, G-77, G-15, Dasar Pandang ke Timur.
Ø Menjadi terkenal kerana mengambil pendirian aktif di PBB dan persidangan antarabangsa yang lain.
v Menghantar anggota tentera ke Republik Congo, Somalia, Timor Leste, Iraq, dll.

DATUK SERI TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (2003-2009)
v Meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia di samping memperhalus dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.
v Memastikan Malaysia aktif di arena antarabangsa.
v Malaysia memainkan peranan utama dalam perumusan dan penerimaan Piagam ASEAN yang telah diratifikasi oleh semua Negara anggota ASEAN yang berkuatkuasa pada 15 Disember 2008.
v Aktif meluaskan fokus OIC daripada menjadi sebuah organisasi yang tertumpu semata-mata kepada isu politik.
v Konsep Islam Hadhari : mengalakkan pendekatan pembangunan berdasarkan perspektif tamadun Islam dan diterima serta diiktiraf oleh Negara anggota OIC.

DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK (2009-KINI)
v Berusaha untuk memudahkan kegiatan perdagangan , menarik pelaburan asing di samping memaparkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang stabil dan aman.
v Semasa mengambil alih teraju kerajaan pada April 2009, dasar luar Malaysia di bawah pentadbirannya akan banyak dicorakkan oleh konsep 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ø Wawasan utama Dasar Luar Malaysia – untuk melindungi dan memajukan kepentingan Negara di luar Negara serta menyumbang secara bertanggungjawab dan berkesan ke arah membina sebuah dunia yang adil dan saksama.
Ø Terus menjalinkan hubungan erat dengan semua Negara dunia & bekerjasama dengan Negara yang sehaluan dalam memajukan kepentingan Negara.
v Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk dasar luar :
·     Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat bilateral, serantau dan antarabangsa menerusi diplomasi proaktif;
·     Merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015 menerusi Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Rangka Tindakan Kebudayaan Sosial ASEAN;
·     Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kerangka 1Malaysia dalam senario geopolitik yang sentiasa berubah;
·     Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan di dalam dan luar Negara.
v Juga menjalinkan hubungan sangat baik dengan Negara lain di peringkat bilateral dan multilateral, melalui mekanisme serantau dan antarabangsa yang sedia ada dalam ASEAN, PBB dan pertubuhan lain yang Malaysia menjadi anggota.


Sumber : Local Publications (LP) Pengajian Am STPM Penggal 3