Sunday 22 February 2015

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU 
SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH
PENGENALAN
v Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, kedudukan susun lapis masyarakat Melayu tradisional agak kompleks tetapi teratur.
v Golongan yang memerintah terbahagi kepada taraf kedudukan dan peranan masing-masing.
v Golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
v Kedudukan golongan yang diperintah dalam masyarakat ditentukan oleh dua aspek, iaitu taraf tersedia dan taraf capaian.
v Taraf tersedia merupakan kedudukan seseorang individu yang diperoleh secara warisan atau turun-temurun, manakala taraf capaian pula diperolehi apabila dia menerima sesuatu anugerah atau pangkat daripada sultan atau pemerintah.

FAKTA & HURAIAN
v GOLONGAN PEMERINTAH
Ø Merujuk kepada raja/sultan/Yamtuan Besar yang merupakan tunggak kerajaan dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.

ü RAJA/SULTAN/YAMTUAN BESAR
· Mempunyai kuasa dan kewibawaan bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan takluk.
· Mempunyai kuasa mutlak dan memiliki beberapa hak serta keistimewaan seperti penggunaan alat kebesaran yang dikhaskan dan tidak boleh dimiliki oleh rakyat biasa.
· Juga menguasai sumber ekonomi dalam negeri seperti tenaga manusia dalam jajahan yang dikuasai mereka, contohnya kewujudan sistem kerah dan sistem serah.
·     Apabila seseorang raja mangkat, takhta kerajaan akan diwariskan kepada putera sulung.
·       Sekiranya tiada pewaris, barulah adik lelaki raja akan dilantik.
·  Walau bagaimanapun sistem pewarisan takhta agak berbeza di negeri Perak kerana mengamalkan sistem giliran.
·  Di Negeri Sembilan pula, Yamtuan Besar dipilih oleh Undang Berempat.

ü KELUARGA & KERABAT DIRAJA
·  Menduduki tempat kedua dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
· Terdiri daripada anak-anak raja, permaisuri dan saudara-mara terdekat.
· Mempunyai beberapa keistimewaan tertentu tetapi tidak boleh melebihi keistimewaan raja yang memerintah.
· Antara keistimewaan tersebut adalah, mereka dibenarkan menggunakan payung berwarna putih dab menggunakan bahasa dalam.
· Terdapat juga dalam kalangan mereka yang dilantik menjadi pembesar dan pemerintah tanah jajahan.
·     R. O Winstedt dalam bukunya yang bertajuk The History of Perak menyatakan jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda di Perak diberi kepada kerabat diraja.

ü BANGSAWAN & PEMBESAR
·       Mempunyai hubungan akrab dengan pemerintah.
· Mereka dibenarkan menggunakan bahasa dalam untuk mengekalkan identitinya.
· Golongan bangsawan ini terdiri daripada kerabat diraja atau mereka yang berpengaruh dalam kalangan pemerintah.
· Golongan pembesar berperanan mengendalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri.
· Mereka mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam melicinkan sistem pemerintahan.

ü GOLONGAN AGAMA & PENDETA
·     Merupakan golongan cerdik pandai. Ulama memiliki pengetahuan agama yang mendalam.
· Juga boleh dianggap sebagai golongan bangsawan yang memerintah disebabkan peranan mereka sebagai penasihat pada pemerintah dalam bidang keagamaan.
·       Golongan pendeta pula tidak ramai bilangannya.
·       Namun mereka pakar dalam bidang kesusasteraan, kesenian, dan kebudayaan terutama berkenaan salasilah raja.

ü PENGHULU
·       Merupakan pentadbir pada peringkat kampung atau mukim.
·  Mereka dicalonkan oleh pembesar daerah atau jajahan tetapi pelantikan dibuat oleh sultan melalui surat tauliah.
·  Tugas penghulu termasuklah memelihara keamanan kampung, membekalkan tenaga buruh, mengutip cukai dan menjadi perantara antara pembesar daerah dengan anak buah.

v GOLONGAN YANG DIPERINTAH
Ø Terdiri daripada golongan yang disebut sebagai golongan menderhaka iaitu rakyat biasa yang hidup bebas.
Ø Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan rakyat asing.

ü RAKYAT BIASA
·  Terdiri daripada masyarakat peribumi yang bermastautin secara tetap.
·  Melakukan pekerjaan seperti menjadi petani, buruh kasar dan tukang mahir.

ü RAKYAT ASING
·       Terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri.
·   Mereka bukan penduduk asal tetapi hanya datang untuk tujuan tertentu seperti berdagang.

ü GOLONGAN HAMBA
·   Merupakan golongan terendah dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
·       Terdiri daripada hamba raja, hamba serah dan hamba berhutang.
·     Berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menjalankan pelbagai kerja dalam masyarakat, menambahkan harta dan menjadi pegawai kepada tuannya di samping dapat menunjukkan ketinggian status sosial pemiliknya.

PENUTUP
v Kedudukan masyarakat Melayu tradisional dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain, iaitu terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
v Setelah campur tangan British, hierarki sosial masyarakat Melayu mengalami perubahan sama ada dari segi kedudukan dan peranan mereka.
v Misalnya penjajah British telah menghapuskan sistem pemilikan hamba sepenuhnya.

No comments: