Sunday 22 February 2015

DEMOKRASI BERPARLIMEN

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN 
SELEPAS NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN

PENGENALAN
v Selepas merdeka, sistem pemerintahan Negara dilaksanakan berdasarkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan.
v Ini berkait rapat dengan hak rakyat dalam usaha kerajaan menjaga kepentingan mereka.
v Sesebuah kerajaan demokratik dipilih oleh rakyat.
v Pemilihan wakil rakyat dijalankan melalui satu pilihan raya yang diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

FAKTA & HURAIAN
v Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Negara meliputi Perlembagaan Persekutuan, Parlimen, raja berperlembagaan, pilihan raya, parti-parti politik, hak dan kebebasan asasi rakyat serta pembahagian kuasa antara kuasa kerajaan pusat dan negeri.

Ø PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Bagi sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen, perlembagaan merupakan satu jaminan dan perlindungan kepada rakyat dalam menentukan tanggungjawab setiap rakyat dalam sesebuah Negara bangsa.

Diwujudkan pada 16 September 1963 adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1957.

Merangkumi 181 perkara, iaitu tentang bidang tugas Yang di-Pertuan Agong, bidang kuasa Parlimen, bidang tugas Jemaah Menteri (kabinet) serta dasar-dasar awam seperti hak asasi rakyat, hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, agama Islam dan bahasa kebangsaan.

Ø PARLIMEN
Parlimen menjadi lambang demokrasi dan merupakan kuasa tertinggi dalam Negara.

Komponen Parlimen ialah Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen sebagai badan perundangan Negara berfungsi menggubal rang undang-undang seperti pertahanan, hal ehwal luar negeri, jenayah, keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan, kewangan dan perdagangan.

Ø RAJA BERPERLEMBAGAAN
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai raja berperlembagaan merupakan ketua Negara dan tertakluk kepada perlembagaan.

Baginda menjadi lambang perpaduan, kedaulatan dan keutuhan Negara serta tumpuan taat setia rakyat yang berbilang bangsa.

YDPA dipilih melalui pemilihan sulit Majlis Raja-Raja dan akan memegang jawatan selama lima tahun seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai ketua Negara, baginda menjalankan kuasa pemerintahan yang diamanahkan mengikut nasihat PM dan Jemaah Menteri yang dilantik.

Antara bidang kuasa baginda adalah memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri serta mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri mengikut budi bicara baginda sendiri.

Juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Bersenjata Persekutuan.
Baginda mempunyai kuasa mengampun, meringankan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera.

Baginda menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja/sultan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, YDPA tidak boleh memegang sebarang jawatan bergaji, melibatkan diri dalam perniagaan dan dilarang meninggalkan Persekutuan selama 15 hari kecuali atas urusan rasmi Negara.

Ø KERAJAAN NEGERI & KERAJAAN TEMPATAN
Kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan merupakan salah satu daripada ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Negara.

Pada peringkat negeri, ketua negeri ialah raja (Perlis sahaja) dan sultan.

Negeri yang tidak mempunyai raja/sultan seperti :
(Yang Dipertua Negeri-Pulau Pinang, Sabah, Sarawak & Melaka)
(Yang Dipertuan Besar- Ketua Negeri di Negeri Sembilan)

Setiap negeri dalam Negara pula mempunyai kuasa pada peringkat kerajaan tempatan yang dibahagikan kepada daerah, jajahan dan sebagainya.

Pihak berkuasa pada setiap peringkat tersebut dipegang oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Misalnya, ketua pentadbiran di peringkat daerah dipegang oleh seorang pegawai daerah.

PENUTUP
v Sistem demokrasi berparlimen Negara mempunyai beberapa ciri. Dengan wujudnya sistem ini, pentadbiran Negara menjadi lebih teratur dan terus diamalkan sehingga sekarang di samping dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara.

*** TIADA Fakta & Huraian berkaitan Pilihan Raya, Parti-parti Politik, Hak dan Kebebasan Asasi Rakyat di sini.

Usaha Tangga Kejayaan!!!
Selamat Meneroka dan Menjelajah Ilmu Sejarah.
Sekian, Jazakumullahu Khaira!!! <3

No comments: